Kerjaya politik Mohd_Najib_bin_Abdul_Razak

Najib pada Perhimpunan Agung UMNO

Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London, England pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan yang kosong, dengan kematian bapanya. Beliau menjadi ahli parlimen termuda yang pernah dipilih pada usia 23 tahun ketika itu.

Najib menjadi Timbalan Menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling termuda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berumur 29 tahun.

Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:

Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan (Majuternak) dari 1977 hingga 1979. Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi tanggungjawab oleh pucuk pimpinan negara. Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO Pemuda UMNO pada 1976. Kemudian beliau dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai tahun 1981.

Pada tahun 1982, Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu.

Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar Ibrahim setelah Anwar didesak bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi ketua pada 25 Mei 1988 setelah UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun 1993 pula, beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 1993, 1996 dan 2000.

Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Dato' Sri Najib bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pekan, negeri Pahang. Dato' Sri Najib telah menang dengan mendapat undi sebanyak 36262 menewaskan calon lawan Khairul Anuar bin Ahmad Zainudin daripada PKR yang beroleh 9,798 undi.

Pada 12 Mei 2018, Dato' Sri Najib meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN serta merta selepas pilihan raya umum ke-14 dan digantikan oleh Timbalan Presiden UMNO (yang menjalankan tugas), Dato' Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi.[30]

Rujukan

WikiPedia: Mohd_Najib_bin_Abdul_Razak http://www.smh.com.au/world/malaysian-pm-caught-up... http://www.globalresearch.ca/philippines-peace-agr... http://english.people.com.cn/90001/90777/90851/662... http://kadsiswa.1pengguna.com/kads1m/index.php http://asiasentinel.com/index.php?option=com_conte... http://english.astroawani.com/news/show/govt-annou... http://www.astroawani.com/berita-bajet2015/bajet-2... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dakwaan-... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kenaikan... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pm-najib...